fb fb fb fb fb

Empat wanita antara tujuh terkorban dalam letupan bom bas mini

GAMBAR HIASAN


KABUL, 23 Januari- Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban, manakala 9 yang lain cedera selepas bom yang dilekatkan pada sebuah bas mini meletup di Herat, kawasan yang didiami masyarakat minoriti Syiah di barat Afghanistan.

Bom dipercayai dilekatkan pada tangki minyak bas berkenaan.

Empat wanita merupakan antara tujuh mangsa yang terbunuh.

Jurucakap Pejabat Perisikan Herat, Sabit Harwi mengesahkan letupan itu.

"Laporan awal menunjukkan ia adalah bom melekit yang dilekatkan pada tangki minyak kenderaan penumpang," katanya.

Polis wilayah Herat dan Jabatan Kebudayaan turut mengesahkan letupan bom berkenaan.

Setakat ini, tiada pihak yang tampil bertanggunggjawab atas serangan tersebut. - AFP

Media Baharu