fb fb fb fb fb

Empat dipanah petir berhampiran Sydney Opera House

Foto Hiasan/REUTERS

SYDNEY, 19 Februari- Panahan petir telah menyebabkan empat orang cedera ketika mereka berteduh di bawah pokok berhampiran Sydney Opera House, kata pegawai penyelamat.

"Keempat-empat mereka berada di bawah pokok di Taman Botani, di tepi pelabuhan berhampiran seni bina itu.

"Mereka semua tidak sedarkan diri seketika," kata Dominic Wong dari perkhidmatan ambulans New South Wales.

Mereka juga melecur dan mengalami simptom jantung, katanya kepada pemberita.

Mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berumur lingkungan remaja hingga 30-an dirawat di tempat kejadian oleh paramedik dan kemudian dibawa ke hospital- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI