fb fb fb fb fb

Elak terima vaksin keluaran J&J, boleh akibatkan pembekuan darah

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 7 Mei - Hanya individu dewasa yang mempunyai alasan kukuh boleh menolak menerima suntikan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson (J&J).

Ia susulan laporan bahawa vaksin jenis itu mengakibatkan pembekuan darah serta kesan lain berbanding Pfizer dan Moderna.

Dalam satu kenyataan, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menasihati orang ramai supaya mengelakkannya dan turut disokong Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).

(FOTO AFP)

Enam puluh kes pembekuan darah yang jarang berlaku dan berpotensi mengancam nyawa dengan tahap platelet darah yang rendah, dilaporkan sejak Mac lalu dengan sembilan kematian setakat ini.

Hanya 18.7 juta dos vaksin J&J diberikan di AS kira-kira 3.2 peratus daripada jumlah keseluruhan 577 juta.-AFP

Media Baharu