fb fb fb fb fb

Dua pegawai perisikan Sepanyol ditahan mengintip untuk AS

FOTO HIASAN

MADRID, 5 Disember- Kerajaan Sepanyol pada Jumaat mengesahkan penahanan dua pegawai perisikan, yang disyaki bekerja untuk Amerika Syarikat.

"Ini adalah maklumat yang kami ada selama beberapa hari," kata Menteri Kehakiman Felix Bolanos, semasa lawatan ke Brussels apabila ditanya mengenai laporan media oleh akhbar El Pais dan El Confidencial.

Laman El Confidencial melaporkan dua ejen Pusat Perisikan Kebangsaan (CNI) Sepanyol disyaki berkongsi maklumat dengan Amerika Syarikat, dan telah ditangkap atas arahan mahkamah.

Akhbar El Pais berkata, kedua-dua ejen itu ditahan beberapa minggu lalu kerana mungkin mendedahkan rahsia pertahanan.

Apabila disoal mengenai laporan itu, Bolanos berkata "proses kehakiman mesti mengikut haluannya", tanpa memberikan butiran lanjut.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE