fb fb fb fb fb

Dua lagi pengebom strategik AS dipintas di Laut Baltik

(Kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan, jet pejuang Su-27 dan Su-35 yang dihantar
mengenal pasti "sasaran udara sebagai dua pengebom strategik Tentera Udara AS B-1B"/AFP)

MOSCOW, 26 Mei - Tentera Rusia telah menghantar jet pejuang untuk menghalang dua pesawat pengebom strategik Amerika Syarikat daripada melanggar sempadan negara di Laut Baltik, dalam insiden kedua seumpama itu minggu ini.

Kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan, jet pejuang Su-27 dan Su-35 yang dihantar mengenal pasti "sasaran udara sebagai dua pengebom strategik Tentera Udara AS B-1B".

"Pelanggaran sempadan negara telah dihalang. Ia selaras dengan peraturan antarabangsa berkaitan penggunaan ruang udara," tambahnya.

Kejadian itu adalah yang terbaharu dalam siri insiden serupa, dengan Moscow memaklumkan bahawa beberapa jet Barat telah dipintas berhampiran Baltik dalam beberapa minggu kebelakangan ini. -AFP

(Dua lagi pengebom strategik AS dipintas di Laut Baltik/AFP)

Media Baharu