KYIV, 29 Oktober- Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan enam lagi cedera dalam serangan semalaman Rusia ke atas dua bandar terbesar Ukraine iaitu Kharkiv dan Kiev pada Selasa.
Menurut Datuk Bandar Kharkiv, Ihor Terekhov, menerusi aplikasi Telegramnya, dua lagi terbunuh dan tujuh cedera dalam serangan ke atas bandar Kherson di selatan Ukraine pada waktu pagi.
"Tentera Rusia telah menyerang wilayah Ukraine hampir setiap malam menggunakan dron dan 26 daripada 48 dron berjaya ditembak jatuh tentera Ukraine.
"Empat orang terbunuh di Kharkiv pada awal pagi dalam pengeboman Rusia di daerah Osnovianskyi," katanya.
Perkhidmatan kecemasan tempatan menyiarkan video yang menunjukkan penyelamat mengalihkan runtuhan bangunan yang musnah sepenuhnya dan membawa beg hitam mengandungi mayat.
Di Kiev, serpihan dron Rusia yang musnah mencederakan enam orang dan membakar sebuah bangunan kediaman dan beberapa kereta.
Sementara itu, di Kherson, serangan pada pagi hari itu membunuh seorang lelaki berusia 62 tahun dan seorang wanita berusia 66 tahun.
Bagaimanapun, tiada kenyataan segera dari pihak Rusia mengenai serangan tersebut. - REUTERS