fb fb fb fb fb

Dewan Perwakilan lulus pakej bantuan AS$40 bilion kepada Ukraine

(Bantuan ketenteraan, yang dihantar sebahagian daripada bantuan keselamatan Amerika Syarikat ke Ukraine/REUTERS)

WASHINGTON, 11 Mei - Penggubal undang-undang Amerika Syarikat mengundi Selasa untuk menghantar pakej bantuan AS$40 bilion ke Ukraine, ketika Washington memberi amaran bahawa Rusia mungkin menghadapi konflik yang lama dengan jirannya.

Pembiayaan pertahanan, kemanusiaan dan ekonomi diluluskan Dewan Perwakilan dengan 368 undi berbanding 57.

Semua undi yang tidak bersetuju datangnya daripada barisan anggota Republikan.

Dewan Senat dijangka meluluskan pembiayaan itu pada akhir minggu ini atau minggu depan.

"Dengan pakej bantuan ini, Amerika menghantar mesej yang kuat kepada dunia tentang keazaman kami yang tidak berbelah bahagi untuk berdiri bersama rakyat Ukraine yang berani sehingga kemenangan dicapai," kata Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi kepada rakan-rakan Demokratnya sebelum pengundian.

(Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi/REUTERS)

Semalam, para pemimpin Kongres mencapai persetujuan untuk meluluskan AS$6.8 bilion lebih daripada AS$33 bilion yang diminta White House sebelum ini untuk membantu negara Eropah Timur itu menghadapi pencerobohan Moscow.

Rangsangan kewangan termasuk tambahan AS$3.4 bilion untuk kedua-dua bantuan ketenteraan dan kemanusiaan di samping pembiayaan yang diminta oleh pentadbiran.

Jika pakej itu melepasi Senat seperti yang dijangkakan, perbelanjaan AS untuk memperkukuh pertahanan Ukraine terhadap pencerobohan Rusia dan menangani krisis kemanusiaan yang seterusnya akan melonjak kepada sekitar AS$54 bilion. -AFP

Media Baharu