fb fb fb fb fb

Dakwa janin dalam kandungan juga dikira 'seorang manusia' wanita hamil tidak puas hati disaman kerana memandu di lorong 'carpool'

FOTO AFP

 

LOS ANGELES, 12 Julai- Seorang wanita hamil di Texas yang didenda kerana memandu secara solo di lorong 'carpool' berkata, janinnya mesti dikira sebagai penumpang susulan undang-undang pengguguran baharu yang ketat.

Brandy Bottone, 32 tahun hamil 34 minggu, bertekad untuk memperjuangkan haknya di mahkamah selepas dia didenda atas kesalahan tersebut di Dallas bulan lalu.

Bottone, memandu di lorong yang dikhaskan untuk kenderaan yang membawa sekurang-kurangnya dua orang, fakta yang dia sendiri tidak pertikai.

Tetapi Bottone memberitahu seorang pegawai polis bahawa anak yang dikandungnya dikira sebagai seorang lagi penumpang di sisi undang-undang, kerana Mahkamah Agung Amerika Syarikat beberapa hari sebelum itu membatalkan undang-undang persekutuan yang telah wujud selama beberapa dekad yang menjamin akses wanita kepada pengguguran.

"Dia berkata, 'Adakah orang lain di dalam kereta itu?'" Bottone memberitahu CNN pada hari Ahad.

"Saya menunjuk ke arah perut saya dan saya katakan, 'Di sini,'" katanya.

Apabila anggota polis itu berkata bahawa mengandung 'tidak dikira' kerana kedua-dua orang itu mesti "di luar badan," Bottone menegaskan bahawa 'ini adalah bayi.'

Kanun jenayah Texas, seperti kebanyakan negeri konservatif, mengiktiraf janin sebagai 'orang', tetapi ini nampaknya tidak terpakai untuk undang-undang yang mengawal selia pengangkutan.

Malah sebelum Roe lwn Wade dibatalkan bulan lalu, undang-undang Texas baharu telah mengharamkan hampir semua pengguguran selepas usian kandungan enam minggu.

Namun itu agak sukar kerana ramai wanita tidak mengetahui bahawa mereka hamil sebelum tempoh itu.-AFP


(Brandy Bottone, 32 tahun hamil 34 minggu, berikrar untuk memperjuangkan haknya di mahkamah)

 

Media Baharu