fb fb fb fb fb

Cubaan memasuki Guam secara haram, tujuh warga China ditahan

Foto REUTERS

SINGAPURA, 21 Disember-Tujuh warga China ditahan atas dakwaan memasuki Guam secara haram ketika Agensi Pertahanan Peluru Berpandu AS menjalankan ujian pemintasan peluru berpandu menggunakan radar baharu, menurut Agensi Kastam dan Kuarantin Guam.

Pihak berkuasa melaporkan bahawa sekurang-kurangnya empat daripada individu yang ditahan pada 10 dan 11 Disember ditemui “berhampiran kemudahan ketenteraan.

Guam memiliki banyak kemudahan sedemikian, termasuk Pangkalan Tentera Udara Andersen, lokasi ujian peluru berpandu yang diadakan pada 10 Disember.

Menurut laporan oleh Insititut Pengajian Perang, tindakan mengintip kemudahan ketenteraan AS, khususnya yang memiliki keupayaan pelancaran peluru berpandu, boleh memberikan maklumat risikan yang berharga kepada China.

Sementara itu, pihak berkuasa Guam menyatakan bahawa semua warga China tersebut tiba dengan bot yang sama dari Saipan, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kementerian Luar Negeri China belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara ini.

Amerika Syarikat merancang untuk membina rangkaian pertahanan udara dan peluru berpandu di 16 lokasi sekitar Guam bagi menghalang sebarang serangan peluru berpandu ke atas pulau tersebut.

Pelan berkenaan bertujuan menjadikannya terlalu kompleks dan memakan kos tinggi untuk dilancarkan oleh musuh.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD