fb fb fb fb fb

China mahu konflik Israel-Palestin diselesaikan segera

Foto AFP

AMERIKA SYARIKAT, 19 Februari- China menggesa semua pihak untuk mempercepatkan usaha ke arah penyelesaian dua negara bagi memastikan kewujudan keamanan antara Israel-Palestin serta mencapai keamanan di Gaza.

Menteri Luar China, Wang Yi, berkata punca utama konflik di Gaza adalah isu Palestin yang telah lama tidak diselesaikan.

"Isu Palestin telah berlarutan lama di Asia Barat. Tanpa pelaksanaan penyelesaian dua negara, kebencian dan dendam akan terus berlarutan, begitu juga dengan keganasan yang tiada penghujungnya.

"Semua pihak perlu mempercepatkan usaha ke arah penyelesaian dua negara dan menyokong penubuhan negara Palestin yang bebas berdasarkan sempadan 1967.

"Semua pihak di Asia Barat perlu mengatasi perpecahan itu dan menyokong Palestin dalam membina sebuah negara.

"Pihak yang terlibat harus terus mempertahankan perjanjian gencatan senjata dan meneruskan rundingan susulan secara konstruktif.

"Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) harus mengambil tindakan untuk menerima Palestin sebagai negara anggota penuh," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai pendirian China terhadap krisis Gaza di ibu pejabat PBB di New York pada Selasa.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM