fb fb fb fb fb

China berharap lawatan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, perjelas situasi sebenar

BEIJING, 24 Mei - Lawatan penting Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet ke wilayah Xinjiang diharap akan membantu menjelaskan maklumat salah, kata Menteri Luar China Wang Yi.

Kenyataan Kementerian Luar menyebut, Wang juga memaklumkan bahawa melindungi hak etnik minoriti merupakan bahagian penting dalam pentadbiran Bijing, dan melindungi keselamatan orang ramai adalah matlamat jangka panjangnya.

"Untuk memajukan agenda hak asasi manusia antarabangsa, kita mesti elakkan daripada mempolitikkan hak asasi manusia," katanya.

Bachelet dijangka melawat bandar Urumqi dan Kashgar di Xinjiang pada hari Selasa dan Rabu sebagai sebahagian daripada lawatan enam hari yang pertama ke China oleh pegawai kanan PBB sejak 2005.

(Lawatan penting Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet ke wilayah Xinjiang/REUTERS]

Parti Komunis China yang memerintah negara itu dituduh memenjarakan lebih sejuta Uyghur dan minoriti Islam lain di wilayah barat jauh sebagai sebahagian daripada tindakan keras selama bertahun-tahun.

Amerika Syarikat dan penggubal undang-undang di negara Barat yang lain menggelarkannya sebagai "pembunuhan beramai-ramai".

Beijing sebaliknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menggelarnya sebagai "pembohongan abad ini". -AFP

Media Baharu