KIGALI, 12 Januari- Kerajaan Rwanda pada Khamis berkata Burundi telah membuat keputusan bagi menutup sempadannya dengan negara Afrika Timur seminggu selepas Presiden Burundi menuduh Rwanda menaja kumpulan pemberontak.
Disember lalu, Presiden Burundi, Evariste Ndayishimiye menuduh Rawanda menaja dan melatih kumpulan Red Tabara, sebuah kumpulan pemberontak yang bertanggungjawab melakukan serangan berhampiran sempadan di timur Burundi dan Republik Congo.
Namun, Rwanda membantah dan menolak tuduhan berkenaan.
Seorang jurucakap kerajaan Rwanda memberitahu Reuters, keputusan penutupan sempadan oleh Burundi hanya diketahui oleh kerajaan berkenaan menerusi laporan media.
Jurucakap itu turut berkata keputusan yang diambil oleh Burundi itu melanggar prinsip blok Pertubuhan Kerjasama Afrika Timur (EAC) yang mana kedua-dua negara menganggotainya.
"Keputusan Burundi menutup sempadan akan menyekat pergerakan rakyat dan perdagangan kedua-dua negara selain melanggar prinsip kerjasama serantau", kata Yolande Makolo, jurucakap kerajaan Rwanda.
Hubungan negara anggota EAC dilihat tegang untuk bertahun-tahun lamanya susulan pertikaian domestik melibatkan beberapa negara seperti Uganda, Kenya, Tanzania, Sudan selatan, Republik Demokratik Congo dan Somalia.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Burundi, Martin Niteretse dalam satu kenyataan seperti yang dipetik menerusi media tempatan berkata "kami (Kerajaan Burundi menutup sempadan. Tiada sebarang permohonan melintasi sempadan akan diluluskan oleh kerajaan", tambah kenyataan itu lagi.-REUTERS