fb fb fb fb fb

Boris Johnson hadapi ujian pertengahan penggal

(FOTO REUTERS)

LONDON, 2 Mei - Rakyat Britain akan mengundi Khamis ini, dalam ujian pertengahan penggal bagi kerajaan Konservatif yang mungkin menentukan masa depan Perdana Menteri, Boris Johnson.

Keputusan pilihan raya tempatan dilihat sebagai kayu pengukur sokongan untuk kerajaan pimpinan Johnson di peringkat nasional, serta petunjuk sama ada parti pembangkang Buruh menimbulkan ancaman serius.

Johnson, 57, memenangi kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada Disember 2019 atas janji untuk memecah kebuntuan politik selama bertahun-tahun dan merealisasikan Brexit.

(Boris Johnson)



Tetapi kedudukannya kelihatan semakin rapuh, kerana dakwaan terbabit dalam pelanggaran perintah sekatan pergerakan di Downing Street dan lonjakan inflasi yang menghimpit pendapatan pengundi.

Hasil siasatan polis bulan lalu menyaksikan Johnson menjadi Perdana Menteri Britain pertama didenda kerana melanggar undang-undang semasa memegang jawatan. -AFP

Media Baharu