fb fb fb fb fb

Biden isytihar pandemik di AS sudah berakhir

(Joe Biden diwawancara dalam program Berita 60 minutes)

WASHINGTON, 19 September - Pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) sudah berakhir, kata presidennya Joe Biden.

Biden dalam temu bual dalam program berita CBS 60 minutes berkata ia susulan kebanyakan sekatan bagi membendung jangkitan di negara itu telah dimansuhkan dan aktiviti rentas negara juga kini rancak seperti sebelum pandemik

"Pandemik ini sudah berakhir. Kita masih berdepan dengan COVID-19, kita melakukan banyak perkara untuk membendungnya, tapi pandemik sudah berakhir.

“Kalau anda lihat, semua orang tak pakai pelitup muka lagi.

“Nampaknya semua orang dalam keadaan sihat. Saya rasa keadaan semakin baik,” katanya.

(Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden/FOTO AFP)

Kenyataan Biden itu dibuat beberapa minggu selepas pentadbirannya meminta Kongres memperuntukkan dana berbilion dolar bagi mengekalkan program saringan dan vaksin Covid-19 di AS. – AFP

Media Baharu