fb fb fb fb fb

Biden dibenar tamatkan dasar ketat imigresen era Trump

(FOTO REUTERS)

WASHINGTON, 1 Julai- Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) membenarkan pentadbiran Presiden Joe Biden menamatkan perintah imigresen Protokol Perlindungan Migran (MPP) yang diperkenalkan bekas Presiden Donald Trump.

Biden sebelum ini beberapa kali cuba untuk menamatkan dasar itu tetapi gagal.

Namun keputusan undian di mahkamah hari ini memihak kepada pentadbirannya dengan sokongan 5-4.

Bawah dasar itu, warga Mexico yang memasuki Amerika Syarikat secara haram akan dihantar pulang ke negara asal sementara menunggu kes dibicarakan di mahkamah imigresen AS.

Sejak awal penggal pentadbiran, Biden telah cuba untuk melonggarkan dasar tersebut kerana baginya langkah itu disifatkannya lebih berperikemanusiaan terhadap pendatang.

(Joe Biden mengadakan sidang akhbar pada Sidang Kemuncak NATO di
Arena IFEMA di Madrid, Sepanyol/REUTERS)

Keputusan pada Khamis yang memihak kepada pentadbiran Biden menyaksikan Ketua Hakim Negara, John Roberts menyertai rakan konservatif, Brett Kavanaugh dan tiga hakim liberal membolehkan Biden mendapat lebih sokongan.

Roberts berhujah bahawa undang-undang imigresen persekutuan membenarkan pendatang atau pencari dihantar pulang ke Mexico, tetapi tidak memaksanya berbuat demikian.

Percubaan Biden untuk menamatkan dasar yang diperkenalkan oleh Trump pada 2019, dicabar beberapa negeri diketuai Texas yang ditadbir Republikan.

Bantahan berdasarkan hujah bahawa tindakan tersebut melanggar undang-undang imigresen AS dengan memaksa pihak berkuasa membebaskan pendatang yang telah mereka tahan ke wilayah AS.

Pegawai Biden turut didakwa tidak mengikuti prosedur pentadbiran yang betul kerana berusaha menamatkan program yang memaksa puluhan ribu migran menunggu di Mexico sementara menanti kes permohonan suaka mereka selesai di AS. -AFP

Media Baharu