WASHINGTON, 29 April- Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mencadangkan peruntukan 33 bilion dolar untuk Ukraine sekaligus memohon kongres meluluskannya.
Peruntukan itu melibatkan 20 bilion dolar untuk senjata, 8.5 bilion dolar bantuan langsung ekonomi dan 3 bilion dolar lagi bantuan kemanusian.
Jelas Biden, bantuan sokongan senjata yang berterusan bukan sahaja dari Amerika Syarikat tetapi dari sekutu-sekutuny seluruh dunia.
Ini meliputi kereta kebal, meriam dan pelbagai kelengkapan senjata.
(Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden/ AFP)
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy turut merayu pihak kongres untuk segera meluluskan dana berkenaan.
Langkah Biden ini susulan Rusia pada Khamis memberi amaran kepada Barat untuk tidak menguji kesebaran mereka.
Malah Moscow mendakwa Washington dan sekutunya menggugat keselamatan Eropah dengan menghasut Ukraine menyerang Rusia. -AFP