GAZA, 22 April- Seorang bayi perempuan selamat dilahirkan daripada rahim ibunya yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas kediaman mereka di Rafah dekat sini malam tadi.
Bayi seberat 1.4 kilogram (kg) itu dilahirkan secara pembedahan caesarean di sebuah hospital di sini.
Difahamkan, ibunya, Sabreen Al-Sakani sedang hamil 30 minggu.
Bayi tersebut kini ditempatkan dalam inkubator yang tertera perkataan "Bayi syahid Sabreen Al-Sakani" pada pita di dadanya.
Pengeboman biadab Israel semalam turut membunuh bapa dan kakaknya.
Pegawai Kesihatan Palestin memaklumkan, serangan Israel tersebut telah menyasarkan dua buah rumah penduduk Palestin dan membunuh 19 orang termasuk 13 kanak-kanak daripada satu keluarga. -Reuters