fb fb fb fb fb

Banjir musnahkan pekan pelancongan di Australia yang dilanda taufan

Foto AFP

SYDNEY, 18 Disember - Hujan lebat yang menyebabkan banjir dari Taufan Tropika Jesper telah memusnahkan beberapa bandar pelancongan di utara Australia di sepanjang Great Barrier Reef.

Bencana itu telah memaksa penduduk di kawasan tersebut berpindah dan menyelamatkan diri di atas bumbung rumah berikutan paras air yang semakin meningkat.

Cairns, bandar pintu masuk ke Great Barrier Reef dan rumah kepada lebih 150,000 orang, menerima kira-kira 600mm hujan selama 40 jam hingga awal pagi ini.

Semua penerbangan antarabangsa dan domestik dari lapangan terbang Cairns dibatalkan hari ini dengan rakaman di media sosial menunjukkan sebahagian pesawat tenggelam di landasan.

“Serpihan yang ketara” di landasan mesti dibuang dan dibersihkan sebelum meneruskan operasi, kata Lapangan Terbang Cairns.

Biro cuaca telah meramalkan lebih banyak hujan kerana Taufan Tropika Jasper berkemungkinan berlegar sehingga hari ini dengan beberapa wilayah dijangka menerima kira-kira 300mm hujan dalam masa kurang dari enam jam.

Amaran banjir besar telah dikeluarkan kerana sungai kekal melebihi paras bahaya dan dijangka memecahkan rekod yang ditetapkan pada 1977.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN