fb fb fb fb fb

Banjir India, ragut 13 nyawa

Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) India melakukan operasi mencari dan menyelamat/ AFP

DEHRADUN, 2 Ogos- Hujan monsun menyebabkan banjir kilat di kaki bukit Himalaya India telah mengorbankan 13 penduduk, kata pegawai pada Jumaat.

Helikopter digunakan untuk menyelamatkan ratusan penduduk yang terkandas berhampiran Kuil Kedarnath.

Banjir dan tanah runtuh adalah perkara biasa dan menyebabkan kemusnahan apabila tiba musim tengkujuh di India, tetapi menurut pakar perubahan iklim dunia meningkatkan kekerapan dan kejadian luar jangka.

Setakat ini 13 kematian direkodkan di seluruh negeri utara Uttarakhand, kata pegawai bencana Vinod Kumar Suman kepada AFP.

Menurut pegawai daerah, kira-kira 700 penduduk diselamatkan menggunakan pengangkutan udara ketika dalam perjalanan ke kuil Kedarnath.

"Kami menerbangkan beberapa helikopter untuk menurunkan penduduk yang dalam perjalanan ke kuil itu," kata Suman.

Kuil yang terletak hampir 3,600 meter atas paras laut itu hanya boleh diakses pada musim panas dengan perjalanan sejauh 22 kilometer.

Lokasi berkenaan dipenuhi oleh penduduk yang ingin melakukan ritual keagamaan setiap tahun, dan kemuncaknya ketika musim hujan monsun tahunan.

Lebih 200 penduduk terbunuh di selatan Kerala minggu ini apabila tanah runtuh melanda kampung dan ladang teh, namun pihak berkuasa masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat.

Dalam pada itu, dua individu lagi terbunuh di sempadan Himachal Pradesh, dan pasukan penyelamat masih mencari berpuluh-puluh lagi yang dilaporkan hilang.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI