fb fb fb fb fb

Banjir di timur laut India, empat terkorban

FOTO FAIL/AFP

GUWAHATI, 3 Julai - Sekurang-kurangnya empat maut apabila hujan lebat melanda di bahagian timur laut India yang mencetuskan banjir besar, kata pegawai bencana kerajaan.

Manakala lebih sejuta orang terjejas akibat banjir, menurut angka kerajaan.

Hujan monsun menyebabkan kemusnahan besar setiap tahun.

Menurut pakar perubahan iklim telah mengubah corak cuaca dan meningkatkan bilangan kejadian cuaca ekstrem.

Pihak berkuasa bencana di negeri timur laut Assam berkata, 38 orang terbunuh sejak pertengahan Mei apabila hujan lebat melanda negeri itu yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh.

Jabatan cuaca India telah mengeluarkan amaran terhadap Assam dan negeri jiran dengan memberi amaran tentang risiko lebih banyak banjir kilat dijangka berlaku.

Banjir telah merosakkan jalan raya di negeri itu dan pasukan tentera udara menyelamatkan 13 nelayan yang terkandas di sebuah pulau.

Sebahagian besar taman negara Kaziranga, tapak warisan dunia UNESCO dan habitat badak sumbu yang mempunyai satu tanduk tertinggi di dunia juga telah ditenggelami air.

"Pengawal hutan telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga," kata pegawai taman Arun Vignesh kepada AFP. "Beratus-ratus haiwan telah mula melintasi lebuh raya untuk mencari tempat yang lebih tinggi".

Banjir juga telah membanjiri banyak kawasan di Bangladesh dan hujan monsun menyebabkan banjir setiap tahun di Asia Selatan.

Minggu lalu, sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas hujan mencetuskan tanah runtuh, kilat dan banjir di Nepal.

Di Bangladesh, sekurang-kurangnya sembilan orang maut dalam kejadian tanah runtuh pada Jun.

Pada bulan sama sejumlah enam orang terbunuh dalam banjir kilat dan tanah runtuh di Sikkim, sebuah negeri India di kaki bukit Himalaya yang bersempadan dengan China. - AFP

TETITIA YUSOFF