HAT YAI , 24 November- Beribu-ribu orang telah dipindahkan dengan satu kematian dilaporkan di Songkhla, selatan Thailand, berikutan banjir besar.
Rakaman oleh Thailand Public Broadcasting Service (TPBS) pada Ahad (23 November) menunjukkan Hat Yai, sebuah pusat komersial utama di wilayah Songkhla, ditenggelami air banjir ketika pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di seluruh daerah.
Arahan pemindahan telah dikeluarkan pada Isnin bagi semua kawasan berisiko tinggi di Hat Yai apabila air banjir kembali meningkat pada waktu petang, dengan pasukan tentera dan pasukan penyelamat dikerahkan di seluruh bandar, menurut gabenor tempatan.
Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul telah mengarahkan penubuhan pusat gerakan hadapan di Songkhla untuk menangani banjir teruk di beberapa wilayah selatan.
Manakala, Timbalan Perdana Menteri mengarahkan agensi-agensi untuk menggerakkan anggota, peralatan dan bantuan ke kawasan yang terjejas, menurut Perkhidmatan Penyiaran Kebangsaan Thailand. - REUTERS