fb fb fb fb fb

Banjir Afghanistan: 50 maut akibat banjir di wilayah Ghor

FOTO REUTERS

GHOR, 19 Mei- Sekurang-kurangnya 50 orang maut berikutan siri terbaharu hujan lebat dan banjir di tengah Afghanistan, pada Sabtu.

Ketua Jabatan Penerangan bagi wilayah Ghor tengah, Mawlawi Abdul Hai Zaeem, memberitahu Reuters bahawa tidak ada maklumat tentang berapa ramai orang yang cedera dalam hujan yang berterusan sejak Jumaat itu.

Hujan dan banjir turut menyebabkan jaringan jalan raya terputus.

Video yang dikeluarkan oleh jabatan penerangan wilayah itu menunjukkan seorang lelaki ditarik keluar dari sebuah rumah yang musnah akibat banjir, menyebabkan dia terperangkap di bawah serpihan.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE