NIAMEY, 12 Julai- Beberapa banduan telah melarikan diri dari penjara keselamatan tinggi berhampiran Niamey ibu kota Niger sekali gus mencetuskan perintah berkurung.
Kejadin di penjara Koutoukale itu berlaku pada hari Rabu.
Kementerian dalam negeri Niger meminta pasukan keselamatan tempatan dalam mesej radio untuk meningkatkan keselamatan, tanpa menyatakan bilangan banduan yang melarikan diri.
"Pemimpin pengganas" adalah antara yang melarikan diri, menurut laman web berita Nigeria Actuniger.com.
Wilayah Tillaberi, yang terletak di kawasan sempadan Niger, Mali dan Burkina Faso terdedah kepada serangan oleh pemberontak yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.
Kementerian dalam negeri juga meminta pihak berkuasa tempatan untuk "bekerjasama dengan pemimpin tradisional dan agama" serta menggalakkan "penduduk melaporkan mana-mana individu yang mencurigakan."
Pegawai Tillaberi pada Khamis mengenakan perintah berkurung dan menutup kawasan itu kepada pejalan kaki, motosikal dan kenderaan mulai 9.00 malam.
Penjara Koutoukale telah diserang dua kali baru-baru ini.-AFP