fb fb fb fb fb

Bali kembali terima pelancong antarabangsa


FOTO AFP

BALI, 17 Februari- Bali menerima kedatangan pesawat penumpang antarabangsa yang pertama semalam, setelah hampir dua tahun sekatan COVID-19 dikenakan.

Penyambungan semula khidmat penerbangan ke pulau peranginan itu dilakukan selepas Bali melonggarkan perintah kuarantin meskipun ia berdepan lonjakan kes COVID-19 akibat varian Omicron.

Pesawat Singapore Airlines (SIA) dan Garuda Indonesia antara yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai semalam.

Namun, pelawat asing perlu menjalani kuarantin selama tiga hingga tujuh hari.

Dijangka pada awal Mac, tiada lagi keperluan kuarantin untuk pelancong selagi mereka mematuhi keperluan protokol kesihatan dan mendapat keputusan ujian negatif semasa berlepas dan tiba di bali.

Singapore Airlines menyatakan ia akan mengendalikan khidmat penerbangan ulang-alik setiap hari antara Bali dengan Singapura bagi memenuhi permintaan.

Syarikat penerbangan lain termasuk Jetstar Airways mungkin menyambung semula khidmat penerbangan ke pulau peranginan itu seawal bulan depan. -AFP

Media Baharu