fb fb fb fb fb

Australia rancang potong pinjaman pelajar 20 peratus

Foto Reuters

SYDNEY, 3 November- Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menyatakan pada Ahad bahawa kerajaannya merancang untuk memotong pinjaman pelajar sekitar 20 peratus meliputi tiga juta rakyat Australia.

Pemotongan itu akan membantu pelangsaian hutang kira-kira A$16 bilion dolar Australia.

Langkah itu adalah kesinambungan daripada bajet bulan Mei untuk menangani tekanan kos sara hidup serta memberikan kelegaan hutang kepada pelajar.

Selain itu, ia menambah pelaburan dalam menjadikan ubat-ubatan lebih murah di samping peningkatan kepada program bantuan sewa.

"Ini akan membantu semua orang yang mempunyai hutang pelajar sekarang, sementara kami bekerja keras untuk menyediakan tawaran yang lebih baik bagi setiap pelajar pada masa akan datang

Perubahan ini bermakna graduan purata dengan hutang sebanyak A$27,600 akan mempunyai A$5,520 dihapuskan," kata Albanese dalam satu kenyataan yang mengumumkan pemotongan pinjaman pelajar untuk pendidikan tinggi.

Kerajaan juga merancang untuk memotong jumlah yang perlu dibayar oleh rakyat Australia yang mempunyai hutang pelajar setiap tahun dan meningkatkan ambang untuk memulakan pembayaran semula.

Menurut tinjauan, tekanan kos sara hidup didorong inflasi yang tinggi, mempunyai kesan khusus dengan pilihan raya persekutuan yang semakin hampir, dengan kerajaan buruh pusat-kiri kini berada di belakang pesaing konservatif mereka.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM