fb fb fb fb fb

AS undi Rusia disingkirkan daripada Majlis Hak Asisi Manusia

WASHINGTON, 5 April- Amerika Syarikat akan mendapatkan undian dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyingkirkan Rusia daripada Majlis Hak Asasi Manusia.

Perkara itu diumumkan jurucakap Jabatan Negara Ned Price, susulan video dan gambar yang didakwa menunjukkan kekejaman dilakukan tentera Rusia.

Tegasnya, PBB tidak boleh membiarkan negara anggota mencacatkan setiap prinsip yang dipegang.

Malah negara anggota tidak sepatutnya menggunakan kerusi dalam majlis itu sebagai alat propaganda.

(Foto fail/ AFP)

Ahli majlis boleh disingkir jika mendapat undian dua pertiga dalam Perhimpunan Agung jika sesebuah negara didapati terlibat dalam penderaan kasar dan sistemik.

Ketua pendakwa raya Ukraine memaklumkan, sekurang-kurangnya 410 mayat orang awam ditemukan di bandar Bucha, Ahad lalu.

Rusia bagaimanapun menafikan tenteranya terlibat dalam pembunuhan orang awam ketika berundur dari bandar tersebut.

Ukraine menggesa organisasi antarabangsa menghantar pakar ke negara itu secepat mungkin bagi mengumpul bukti jenayah perang. -AFP

Media Baharu