(Joe Biden/AFP)
WASHINGTON, 7 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan pakej baharu pembekalan senjata kepada Ukraine bernilai AS$150 juta untuk menangkis pencerobohan Rusia.
"Saya mengumumkan satu lagi pakej bantuan keselamatan kepada Ukraine.
"AS meneruskan sokongan kepada rakyat Ukraine yang berani mempertahankan negara mereka dari pencerobohan berterusan Rusia," katanya dalam satu kenyataan.
(Seorang penduduk berjalan melepasi rumah yang musnah di bandar
pelabuhan selatan Mariupol, Ukraine, 5 Mei 2022/REUTERS)
Menurut pegawai kanan AS, pakej baharu itu termasuk 25,000 peluru artileri 155mm, radar dan peralatan lain.
Sejak 24 Februari lalu, AS sudah menyegerakan bantuan persenjataan bernilai AS$3.4 bilion kepada Ukraine.
Selain melatih beberapa pasukan tentera Ukraine di luar negara bagi mengendalikan kereta kebal.-AFP