fb fb fb fb fb

Arab saudi tetapkan 30 syawal penutupan pengeluaran visa

MEKAH, 5 Mei - Musim umrah bagi jemaah dari luar Arab Saudi dilanjutkan.

Menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, pengeluaran visa bagi jemaah antarabangsa akan ditutup 30 Syawal.

Bagaimanapun, jemaah dari negara luar boleh memohon pengeluaran visa umrah melalui platform elektronik yang diluluskan untuk perkhidmatan umrah bagi individu.

Pada masa sama penjaga dua kota suci itu mengesahkan akan mengumumkan tarikh pendaftaran bagi ibadah haji.

(Jemaah Islam berkumpul di Masjidil Haram untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada 2 Mei lalu/FOTO AFP)

Turut bakal diumum prosedur dan serahan dokumen mengenainya menerusi saluran rasmi.

Media Baharu