fb fb fb fb fb

Angka korban Taufan Melissa di Haiti meningkat, puluhan masih hilang

Foto REUTERS

PETIT GOAVE, 1 November- Sekurang-kurangnya 31 kematian dan 20 orang hilang akibat daripada Taufan Melissa yang melanda Haiti.

Sukarelawan pada Jumaat (31 Oktober) bertungkus-lumus menggali melalui lumpur dan sisa runtuhan di selatan Haiti bagi mencari mangsa.

Di bandar Petit Goave yang teruk dilanda, sekurang-kurangnya 23 orang maut termasuk 10 kanak-kanak selepas sebatang paras air sungai melimpah, pasukan penyelamat meneruskan tugas yang suram mengeluarkan mayat.

Ketua majlis presiden peralihan Haiti menyifatkan insiden itu sebagai saat yang menyedihkan bagi negara, sambil menyatakan kerosakan yang meluas terhadap rumah, tanah ladang, ternakan dan infrastruktur.

Pihak berkuasa turut memberi amaran tentang risiko kolera akibat air banjir yang tercemar, memandangkan penyakit itu telah muncul semula di Haiti pada tahun 2022.

Haiti tidak dilanda secara langsung oleh Taufan Melissa, namun negara itu mengalami hujan lebat berhari-hari akibat ribut yang bergerak perlahan itu.

Bagaimanapun, ia hilang pada Jumaat selepas meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa di seluruh Caribbean. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM