fb fb fb fb fb

Angka korban penduduk Palestin lebih 48,000

Foto AFP

GAZA, 9 Februari- Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 48,181 penduduk terbunuh dalam serangan berterusan Israel di wilayah Palestin.

Jumlah kematian yang disahkan terus meningkat setiap hari apabila kebanyakan mangsa yang maut ditemukan di bawah runtuhan, ketika usaha menyelamat dilaksanakan sepanjang tempoh gencatan senjata berkuasa kuasa.

Manakala, dalam tempoh 48 jam lalu, 26 kematian telah direkodkan.

Sementara itu, sejumlah 111,638 orang cedera dalam konflik berterusan sejak Oktober 2023.

Satu kajian yang diterbitkan pada awal Januari lalu menerusi jurnal perubatan British The Lancet menganggarkan angka kematian di Gaza akibat konflik tersebut dalam tempoh sembilan bulan pertama adalah kira-kira 40 peratus lebih tinggi daripada angka yang dicatatkan oleh kementerian Kesihatan Gaza.- AFP

ROSLINA BINTI DIN