fb fb fb fb fb

Angka korban insiden letupan gas di Havana cecah 22 orang

HAVANA, 7 Mei - Angka korban akibat letupan gas yang memusnahkan hotel mewah Saratoga, Havana, Cuba kini mencecah 22 orang, manakala lebih 50 orang dilaporkan cedera.

Menurut Pengarah Hospital Calixto Garcia, Miguel Garcia, mangsa yang tercedera kini sedang menerima rawatan, 11 daripadanya dalam keadaan kritikal.

Sekurang-kurangnya seorang wanita yang dihubungi penyelamat masih hidup di dalam serpihan itu, kata pegawai, mereka juga percaya lebih ramai lagi masih terperangkap dan anjing pengesan sedang mencari mangsa.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.


(Pekerja penyelamat dilihat di hadapan Hotel Saratoga selepas letupan besar
yang memusnahkan bangunan itu, semalam/AFP)

Presiden Miguel Diaz-Canel melawat lokasi letupan dan mangsa di hospital.

Pengarah Hospital Hermanos Almejeiras, Miguel Hernan Estevez berkata seorang budak lelaki berusia dua tahun telah menjalani pembedahan.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Juan Carlos berkata bahawa pihaknya tidak mempunyai maklumat bahawa mana-mana warga asing sama ada cedera atau terbunuh. "Bagaimanapun, itu adalah maklumat awal", katanya.

Kejadian tersebut berlaku semalam di hotel yang terletak di Paseo del Prado.-AFP

Media Baharu