ISLAMABAD, 7 Mei- Angka kematian dalam serangan peluru berpandu India terhadap Pakistan meningkat kepada 26 orang.
Menurut Jurucakap Tentera, Ahmed Sharif Chaudhry, jumlah itu termasuk dalam insiden tembakan di sepanjang sempadan.
Katanya, serangan turut mengakibatkan loji kuasa hidro di sebelah sempadan Kashmir rosak.
“India turut menyasarkan projek Tenaga Hidro Neelum Jhelum, memusnahkan sebahagian daripada struktur empangan.
"Serangan itu bertentangan dengan norma antarabangsa dan undang-undang perang yang menyasarkan rizab air, empangan dan struktur kuasa hidro negara," tegasnya.
Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif memulakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Negara di sini hari ini. - AFP