fb fb fb fb fb

Ancaman kebuluran di Gaza berterusan

Kelaparan terus merebak dan ancaman kebuluran berterusan di Gaza. Foto AFP

GAZA, 11 Oktober - Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran ancaman kebuluran masih berterusan di Gaza.

Situasi bertambah buruk apabila usaha untuk membawa masuk bekalan penting berdepan cabaran dan sekatan yang terus meningkat.

“Dengan tibanya musim sejuk, setiap hari adalah perjuangan untuk bertahan hidup. Kelaparan terus merebak dan ancaman kebuluran tetap wujud,” kata agensi PBB itu.

Awal minggu ini, WFP menerusi kenyataan,memberi amaran bahawa satu juta orang berisiko hilang sokongan penting sekiranya aliran bantuan tidak disambung semula.

“Bantuan yang memasuki Semenanjung Gaza merosot ke paras terendah dalam beberapa bulan, memaksa WFP menghentikan pengagihan bungkusan makanan pada Oktober,” kata kenyataan itu.

WFP memaklumkan, kira-kira 100,000 tan makanan yang mencukupi untuk perluan sejuta orang dalam tempoh lima bulan kini 'tersangkut' Jordan, Ashdod dan Mesir.

Agihan makanan tersebut tergendala berikutan penutupan di pintu masuk lintasan, isu keselamatan dan gangguan laluan di pintu masuk mengehadkan penghantaran bantuan.

WFP turut menyuarakan kebimbangan yang tinggi mengenai perkembangan semasa di Tebing Barat yang semakin meruncing dan tidak menentu.

Sejak tindakan genosid Israel di Gaza 7 Oktober tahun lalu, lebih 42,000 orang yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala hampir 98,000 yang lain cedera. - AFP

Trainee2