fb fb fb fb fb

Amaran cuaca panas dan banjir di China

FOTO REUTERS

HONG KONG, 16 Jun - Pusat Meteorologi Kebangsaan China pada Ahad mengeluarkan amaran suhu tinggi apabila beberapa wilayah di seluruh negara mengalami panas terik, manakala banyak wilayah selatan mengeluarkan amaran banjir teruk akibat hujan lebat.

Suhu tinggi dijangka berkurangan di utara China dan kawasan antara Sungai Kuning dan Sungai Huaihe, kata pusat itu.

Pusat itu meramalkan suhu maksimum 37-39 darjah Celsius (99-102 darjah Fahrenheit) di bahagian Xinjiang, Mongolia Dalam dan Henan pada Ahad.

Hujan lebat melanda wilayah tenggara Fujian selama tujuh hari dan dijangka berterusan dengan paras air di beberapa sungai melebihi paras amaran. Pihak berkuasa telah mengeluarkan air dari beberapa takungan, lapor CCTV televisyen negara China.

Pihak berkuasa di wilayah Guangxi berkata, paras air beberapa sungai tempatan telah meningkat dan seorang pelajar terkorban dalam kejadian banjir di bandar selatan Guilin, lapor CCTV. - REUTERS

TETITIA YUSOFF