fb fb fb fb fb

79 juta kanak-kanak perempuan, wanita di Afrika alami serangan seksual, diperkosa: UNICEF

Foto UNICEF

Nairobi, 10 Oktober- Lebih 79 juta wanita dan kanak-kanak perempuan di seluruh sub-Sahara Afrika pernah mengalami serangan seksual dan diperkosa semasa kanak-kanak.

Laporan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) itu diperoleh menerusi kiraan data nasional dan program tinjauan antarabangsa dari tahun 2010 hingga 2022.

Menurut UNICEF, rantau berkenaan adalah tempat paling teruk di dunia untuk menjadi seorang gadis.

Di peringkat global, UNICEF menganggarkan bahawa keganasan seksual telah menjejaskan kira-kira 370 juta kanak-kanak perempuan dan wanita, dengan kira-kira satu daripada lima di sub-Sahara mengalami serangan seksual atau rogol sebelum mereka mencapai umur 18 tahun.

Pengarah Eksekutif UNICEF Catherine Russell berkata, kanak-kanak dalam persekitaran yang rapuh sangat terdedah kepada keganasan seksual.

Serangan seksual yang mengerikan berlaku di zon konflik, di mana rogol dan keganasan berasaskan jantina sering digunakan sebagai senjata perang.

Jumlah paling tinggi dilaporkan di kawasan yang dilanda konflik dan ketidakamanan.-AFP

Trainee