NASHIK, 2 Februari- Sebuah bas mewah terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 200 kaki di Lebuhraya Nashik-Gujarat, Maharashtra, awal pagi Ahad.
Kejadian yang berlaku sekitar pukul 5.30 pagi itu mengakibatkan tujuh maut di lokasi, manakala 15 lagi cedera parah.
Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera.
Pihak berkuasa kini giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan, sementara operasi menyelamat masih diteruskan.
Insiden turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat mengenai aspek keselamatan di lebuh raya berkenaan.-REUTERS