fb fb fb fb fb

51 terbunuh dalam pengeboman Israel di kem Maghazi

GAZA, 5 November- Sekurang-kurangnya 51 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam pengeboman terbaharu Israel ke atas kem Maghazi di Gaza, malam tadi.

Jumlah itu dilaporkan agensi berita Palestin WAFA dan Reuters tidak dapat mengesahkan laporan WAFA secara bebas.

Tentera Israel tidak segera mengulas ketika diminta untuk komen berhubung serangan itu.

Jurucakap kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza, Ashraf al-Qidra, berkata sebilangan besar orang terbunuh tanpa memberikan angka yang tepat, sambil menambah puluhan orang yang mengalami kecederaan parah sedang berbaring di wad kecemasan hospital.

Maghazi terletak di Kegubernuran Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.

Sebelum ini, Israel berkata ia menyasarkan Hamas, bukan orang awam, dan menuduh kumpulan pejuang itu menggunakan penduduk sebagai perisai manusia.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI