fb fb fb fb fb

5,650 pemilik pangsapuri kos rendah dapat rumah baharu

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Seramai 5,650 pemilik pemilik pangsapuri kos rendah di Bandar Tun Razak, Cheras bakal memiliki kediaman baharu lebih selesa.

Projek Penswastaan Pembangunan Semula, melibatkan Pangsapuri Sri Pulau Pinang, Sri Melaka, Sri Johor dan Taman Ikan Emas.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pembangunan berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa.

"Bagi fasa pertama, 1,192 unit disiapkan pada Julai 2026.

"Manakala 4,458 unit lagi bagi fasa kedua, akan siap Julai 2030.

"Kos keseluruhan projek bernilai RM1.19 bilion.

"Projek ini juga mungkin siap lebih cepat daripada jangkaan,"katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu