fb fb fb fb fb

36 pesawat tentera China dikesan di sekitar Taiwan- Taipei

Foto REUTERS

TAIPEI, 22 Mac- Sebanyak 36 pesawat tentera China dikesan di sekitar Taiwan dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus merupakan jumlah tertinggi tahun ini.

Dalam tempoh 24 jam menjelang pukul 6.00 pagi Jumaat (2200 GMT Khamis), Kementerian Pertahanan Taiwan turut mengesan enam kapal tentera laut yang beroperasi di sekitar Taiwan.

Kementerian Pertahanan Taiwan menerusi kenyataan berkata 13 daripada pesawat itu melintasi sempadan Selat Taiwan, perairan yang memisahkan China dan Taiwan.

Perkara itu dimaklumkan susulan terdapat aktiviti ketenteraan China iaitu 20 jet pejuang, kenderaan tanpa pemandu dan pesawat pengangkut telah dikesan pada waktu malam Khamis lalu.

Sementara itu, Beijing mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan tidak pernah mengunakan kekerasan untuk membawa Taiwan di bawah kawalannya.

Sejak pemilihan Presiden Tsai Ing-wen pada 2016, yang tidak mengiktiraf tuntutan China ke atas Taiwan, Beijing telah meningkatkan tekanan ketenteraan dan politik di pulau itu.

Taiwan melihat hampir setiap hari kapal perang China dan kapal perang tentera laut di sekitar pulaunya, merupakan satu bentuk gangguan "zon kelabu" yang dikatakan pakar tentera sebagai taktik untuk menghentikan peperangan terbuka.-AFP

ROSLINA BINTI DIN