fb fb fb fb fb

31 bayi pramatang di Hospital Al-Shifa dikejarkan ke Rafah

Salah seorang bayi pramatang di Hospital Al-Shifa diberikan minuman sebelum dibawa ke Rafah/Reuters

GAZA, 20 November- Seramai 31 bayi pramatang dalam inkubator di Hospital Al-Shifa di Gaza dalam usaha untuk dipindahkan ke Rafah pada Ahad lalu.

Kesemua bayi itu berdepan risiko maut susulan serangan zionis ke atas kemudahan hospital hingga mengakibatkan kekurangan bekalan elektrik untuk inkubator.

Operasi pemindahan berkenaan dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Ketua Pengarah Hospital Kementerian Kesihatan Palestin, Dr Mohammad Zaqout berkata, mereka akan distabilkan di Rafah sebelum dibawa ke hospital di Mesir.

Lapan bayi pramatang telah meninggal dunia di hospital tersebut kerana kekurangan tenaga dan ubat-ubatan ekoran serangan zionis.

Air untuk minuman bayi juga dilapor telah tercemar hingga mengakibatkan muntah, cirit-birit dan penurunan berat badan, malah ada yang kritikal serta menggunakan bantuan pernafasan.

Sabtu lalu, tentera penjajah bertindak mengusir ratusan pesakit termasuk yang terlantar sakit serta kakitangan Hospital Al-Shifa secara tidak perikemanusiaan. -Reuters

ARTIKEL BERKAITAN:
39 bayi di Hospital Al-Shifa berisiko maut bila-bila masa
Inkubator tidak lagi berfungsi, bayi di Hospital Al-Shifa diambang maut

SITI AISHAH BINTI MD ISA