INDIA, 5 Mei - 25 kematian direkodkan di barat India, akibat Cuaca panas sejak penghujung Mac lalu.
Angka itu tertinggi direkodkan dalam tempoh lima tahun lalu.
Saintis meramalkan lebih 1 bilion orang di India dan negara jiran Pakistan terdedah kepada fenomena strok haba ini.
kejadian itu pada permulaan awal musim panas ekstrem dengan perubahan iklim.
(Penduduk menggunakan hos untuk menyimpan bekalan air minum dari trak tangki semasa musim panas di New Delhi/FOTO AFP)
Pegawai kesihatan Maharashtra, Pradeep Awate berkata, kebanyakan kematian itu berlaku di kawasan luar bandar.
Pihak berkuasa di negeri sebelah timur Odisha pula berkata, seorang lelaki meninggal dunia akibat strok haba pada 25 April lalu dan ratusan yang lain diberi rawatan perubatan.
India ialah pengeluar gandum kedua terbesar di dunia, namun cuaca panas dijangka membantutkan pengeluaran tanaman tahun ini selepas lima tahun penuaian direkodkan.
Apabila permintaan tenaga meningkat, syarikat penjana melihat kekurangan besar-besaran arang batu dan kerajaan merayu kepada mereka untuk meningkatkan import.