fb fb fb fb fb

21 orang awam terbunuh di Timur Ukraine

 (Sekurang-kurangnya 20 mayat lelaki berpakaian awam ditemui terbaring di satu jalan Sabtu selepas tentera Ukraine menawan semula bandar Bucha dekat Kyiv daripada tentera Rusia/FOTO AFP)

UKRAINE, 5 Mei - 21 orang awam terbunuh dan 27 lagi cedera dalam serangan terbaru Rusia di wilayah Donetsk, Timur Ukraine.

Angka itu merupakan jumlah kematian harian tertinggi yang dilaporkan dalam tempoh sebulan.

Gabenor wilayah Pavlo Kyrylenko memaklumkan sekurang-kurangnya 10 orang terkorban selepas tentera Russia menembak kilang Avdiivka yang merupakan kilang terbesar di Eropah.

Lima orang maut di bandar Lyman, empat di bandar Vuhledar serta masing-masing seorang di perkampungan Velyka Novosilka dan Shandrygolove.

Jumlah kematian itu merupakan paling tinggi dilaporkan di wilayah tersebut sejak serangan Russia di stesen kereta api di bandar Kramatorsk sebulan lalu yang mengakibatkan lebih 50 orang terkorban.

Moscow menukar strategi dengan menumpukan di kawasan timur dan selatan Ukraine selepas gagal menawan Kiev.

(Mayat seorang lelaki berusia 62 tahun yang ditembak mati oleh tentera Rusia pada 2 April lalu/FOTO AFP)

Media Baharu