fb fb fb fb fb

20 terbunuh bot meletup di selatan Nigeria

Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh selepas sebuah bot kayu meletup di perairan Bayelsa, selatan Nigeria / Foto Reuters

YENAGOA, 9 Ogos - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh selepas sebuah bot kayu meletup di perairan Bayelsa, selatan Nigeria, menurut polis pada Khamis.

Bot yang membawa hasil pertanian dari komuniti luar bandar Ezetu 1 itu dilaporkan dalam perjalanan menuju ke pasar tempatan di Yenagoa, Bayelsa.

Bot yang membawa 64 penumpang dan kru itu dilaporkan terbakar ketika berada di sepanjang perairan luar bandar Ezetu 1, kata jurucakap polis di Bayelsa, Musa Mohammed.

Siasatan berhubung punca kejadian telah dijalankan.

Sekurang-kurangnya 200 orang dilaporkan terkorban dalam kemalangan bot di Nigeria tahun lalu, di mana pihak berkuasa sering menyalahkan kesesakan dan penyelenggaraan yang lemah.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN