fb fb fb fb fb

18,000 pelarian Syria di Jordan kembali ke tanah air

Foto AFP

AMMAN, 26 Disember- Kira-kira 18,000 rakyat Syria telah kembali ke tanah air dari Jordan sejak kerajaan Bashar al-Assad tumbang awal bulan ini, menurut pihak berkuasa Jordan.

Amman menempatkan kira-kira 1.3 juta rakyat Syria yang melarikan diri sejak perang saudara tercetus pada tahun 2011, dengan 650,000 daripadanya berdaftar secara rasmi dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Dalam Negeri, Mazen al-Faraya, memberitahu saluran TV kerajaan Al-Mamlaka bahawa 18,000 rakyat Syria telah pulang ke negara mereka sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada 8 Disember 2024 hingga hari Khamis.

Beliau turut menyatakan bahawa mereka yang pulang termasuk 2,300 pelarian yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).- AFP

ROSLINA BINTI DIN