fb fb fb fb fb

14 warga Jordan meninggal dunia semasa menunaikan haji

Jemaah haji melakukan ibadah melontar di tiga jamrah di Mina/ REUTERS

MEKAH, 16 Jun- 14 warga Jordan dilaporkan maut semasa menunaikan ibadah haji di sini.

Sebahagian daripada mereka meninggal dunia akibat strok haba, manakala 17 lagi dilaporkan hilang, kata Kementerian Luar Jordan dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sekurang-kurangnya enam daripada kematian adalah berkaitan haba, kata kementerian itu pada Sabtu, dengan suhu diramalkan mencecah 47 darjah Celsius di Mekah pada Isnin.

Statistik menunjukkan kira-kira 1.8 juta jemaah di seluruh dunia menunaikan ibadah itu, kata Pihak Berkuasa Am Saudi.

Bagaimanapun Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengeluarkan nasihat pada Khamis berkenaan amaran suhu meningkat dan menasihatkan jemaah haji untuk kekal terhidrat dan mengelakkan berada di luar kerana waktu paling panas antara pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang (waktu tempatan).

Sementara itu Kementerian Luar Jordan sedang mendapatkan maklumat dengan pihak berkuasa Arab Saudi mengenai prosedur pengebumian individu yang meninggal dunia ketika melakukan ibadah itu, katanya pada Ahad.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI