fb fb fb fb fb

13 ahli perniagaan ternama Jepun disekat masuk Rusia

Jurucakap kerajaan Jepun Yoshimasa Hayashi/Foto REUTERS

TOKYO, 24 Julai- Rusia telah menyekat kemasukan 12 ahli perniagaan termasuk Pengerusi Toyota ke negara berkenaan.

Tindakan tersebut telah menyebabkan Tokyo melakukan bantahan pada Rabu.

Kementerian Luar Rusia pada Selasa telah mengeluarkan senarai nama yang dilarang memasuki negara berkenaan termasuk Pengerusi Toyota Akio Toyoda, Ketua Rakuten Hiroshi Mikitani dan Akihiko Tanaka, Presiden Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun.

Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan berkata tindakan tersebut adalah sebagai tindak balas negara berkenaan kepada sekatan berterusan Jepun kepada Rusia berhubungan tindakan ketenteraan Moscow terhadap Ukraine.

Jepun dilihat menyokong kuat tindakan barat mengenai Ukraine dengan memberikan sokongan kewangan dan material kepada Kivy serta menghukum individu dan organisasi pro-Rusia.

Perlembagaan Jepun melarang pengeksportan senjata, namun pada disember lalu, negara itu melonggarkan kawalan eksport senjata untuk membolehkan ia menjual peluru berpandu Patriot buatannya kepada Amerika Syarikat.

Langkah itu bertujuan untuk melengkapkan persediaan sistem peluru berpandu pertahanan udara AS yang telah merosot kerana bekalan yang dihantar ke Ukraine.

“Tindakan yang diumumkan oleh Rusia kali ini akan mengehadkan aktiviti yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Jepun, dan benar-benar tidak boleh diterima,” kata jurucakap kerajaan Jepun Yoshimasa Hayashi pada Rabu.

Beliau berkata Tokyo telah mengemukakan protes dan nebegaskan bahawa "semua sekatan yang dilakukan Jepun disebabkan pencerobohan Rusia ke Ukraine, yang merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa."-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD