fb fb fb fb fb

12 maut Zionis sasar kawasan perumahan

Wanita dan kanak-kanak sering menjadi sasaran serangan maut Zionis /FOTO REUTERS

GAZA, 22 November - 12 orang terbunuh akibat serangan Tentera rejim Israel di rumah keluarga Daye di kejiranan Sabra di Gaza, Palestin.

Antara yang maut termasuk wanita dan kanak-kanak.

Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terkorban dalam siri serangan udara yang menyasarkan kediaman dan tempat perlindungan sementara bagi mereka yang kehilangan tempat berteduh di Semenanjung Gaza.

Sumber petugas perubatan di sebuah hospital Gaza mendedahkan, lapan kematian dan beberapa kecederaan dilapor berikutan serangan Zionis ke atas sebuah kejiranan Shujaiya, timur Kota Gaza.

Empat lagi mayat dan beberapa mangsa cedera dikeluarkan daripada runtuhan yang menyasarkan sebuah rumah di kawasan sama, menurut Pasukan Pertahanan Awam Gaza.

Di utara Gaza pula, serangan bertalu-talu dron milik rejim Israel mengenai Hospital Kamal Adwan di kawasan Beit Lahia mengakibatkan tujuh anggota perubatan cedera, dengan dua daripadanya dalam keadaan kritikal.

Pengarah hospital, Hussam Abu Safiya berkata dron menyerang kakitangannya ketika cuba menyelamatkan dan merawat mangsa yang terdahulu terkena serangan di ruang utama hospital dan unit oksigen.

Di tengah Gaza, lima terbunuh akibat serangan Zionis di sebuah rumah berhampiran kem pelarian Nuseirat, manakala dua lagi maut di Deir Al-Balah diserang sebuah helikopter.

Setakat ini, lebih 44,000 rakyat Palestin terutama wanita dan kanak-kanak maut angkara serangan Zionis Israel, dengan lebih 104,000 cedera.

Trainee