fb fb fb fb fb

11 maut tanah runtuh di lombong haram

Foto AFP

JAKARTA, 28 September - 11 maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong haram di wilayah Sumatera Barat.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Solok (BPBD) Irwan Efendi pada Sabtu memaklumkan, jumlah itu menurun berbanding yang dilaporkan sebelum ini.

"Angka itu telah disemak dan dikemas kini susulan kesilapan pengiraan yang dikaitkan dengan lokasi terpencil.

"Disebabkan lokasi tanah runtuh yang jauh dan memerlukan 4 hingga 6 jam berjalan kaki di samping kekurangan rangkaian komunikasi, terdapat bilangan mangsa yang tidak sepadan, ujarnya.

Menurut beliau, 13 lagi mangsa yang ditemukan mengalami kecederaan.

"Tiada mangsa yang 'masih' hilang," katanya sehari selepas pegawai melaporkan 25 orang dipercayai hilang.

Tragedi terbabit dipercayai berlaku pada petang Khamis selepas hujan lebat di kawasan perlombongan haram di Nagari Sungai Abu, mukim Hiliran Gumanti.

Tapak tanah runtuh terletak di sebuah lubang lombong lama yang telah ditinggalkan oleh pelombong sebelumnya.

Lombong-lombong haram atau tidak berlesen sering dijumpai di Indonesia, negara yang kaya dengan sumber mineral.

Indonesia sering mengalami tanah runtuh ketika musim hujan antara November dan April.

Sebelum ini, pada bulan Julai, sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh akibat tanah runtuh di sebuah lombong emas haram di Pulau Sulawesi. - AFP

Trainee2