BES+JALAN-JALAN – Jom pergi bazar!

Setiap kali bulan Ramadan tiba, memang tak sah kalau tak singgah ke bazar. Suasana yang meriah, pelbagai juadah yang menggoda dari kuih-muih tradisional hingga ke antarabangsa pun ada. Lauk-pauk yang menyelerakan semuanya buat rambang mata. Tapi dalam kita teruja memilih makanan, jangan lupa untuk bersederhana, elakkan pembaziran. Semoga Ramadan kali ini mengajar kita erti syukur, sabar dan kesederhanaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amalkan kesederhanaan ketika memilih juadah supaya tidak berlebihan dan mengelak pembaziran.
  • Gunakan pengalaman bazar untuk mengukuh rasa syukur terhadap rezeki dan makanan.
  • Latih sabar dalam berbelanja dan nikmati suasana meriah tanpa tergesa-gesa.