Williams perkenal corak warna jentera baharu musim F1 2026

Foto FB Atlassian Williams F1 Team

GROVE, 4 Februari – Pasukan Formula Satu (F1) Williams mendedahkan corak warna jentera baharu jentera mereka, FW48 pada Selasa sebagai persiapan menghadapi musim 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Williams mendedahkan corak warna jentera FW48 sebagai persiapan menghadapi musim F1 2026.
  • Ketua pasukan James Vowles melihat peraturan teknikal baharu sebagai peluang untuk penstrukturan semula dan kebangkitan semula pasukan.
  • Pasukan akan diwakili oleh Carlos Sainz Jr dan Alex Albon, mensasarkan kedudukan lima teratas walaupun terlepas shakedown.

Williams, yang pernah mendominasi F1 pada era 1990-an dengan kejayaan kejuaraan pemandu terakhir pada 1997, kini berusaha bangkit semula selepas melalui tempoh sukar dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Ketua pasukan, James Vowles berkata perubahan besar dalam peraturan teknikal F1 yang bakal diperkenalkan musim ini memberi peluang kepada pasukan itu untuk melakukan “penstrukturan semula secara menyeluruh” dan kembali bersaing di kelompok hadapan.

Williams akan diwakili oleh Carlos Sainz Jr dan Alex Albon bagi musim ini.

Walaupun pasukan itu terlepas sesi ‘shakedown’ di Barcelona bulan lalu akibat kelewatan pembangunan jentera, Vowles yakin keputusan tersebut tepat dan menyasarkan kedudukan lima teratas keseluruhan.

Musim F1 2026 dijadual bermula dengan Grand Prix Australia di Melbourne pada 8 Mac ini. -REUTERS